Sebagaimana yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu, bahawa Kampung Sabak Awor merupakan salah sebuah kampung yang tertua di Daerah Muar. Bagaimana pun tarikh yang tepat bilakah sebenarnya Kampung Sabak Awor ini mula dibuka, ada yang menyatakan pada tahun 1850an dengan dibuka oleh beberapa orang peneroka yang melalui muara Sungai Muar, lalu mendarat dengan meneroka tanah hutan dijadikan tanah pertanian dengan menanam berbagai jenis tanaman serta membina pondok untuk mereka bertandang.
Sabak
Selain daripada perusahaan bercucuk tanam, dan ada diantara mereka yang berpengalaman telah membina sebiji SABAK yang diperbuat dari tanah liat berbentuk saperti sebiji busut jantan, bahagian dalam sabak dilubangkan untuk membakar, manakala dibahagian tepinya dilubangkan saperti pintu gua dan dibahagian atas juga dilubangkan untuk meletak kuali besar bagi memasak air nira kelapa untuk dijadikan gula kelapa.
Awor
AWOR pula ialah buluh, batang-batang buluh akan dijadikan tempat menadah air nira yang diletakkan dihujung mayang kelapa yang telah dipotong hujungnya. Manakala batang buluh yang lain dipotong bulat-bulat untuk dijadikan cetak untuk acuan gula kelapa yang telah dimasak tadi.Sabak juga boleh membakar roti, membakar kayu untuk dijadikan kayu arang dan membakar tanah liah yang telah dicetak ikut acuan untuk dijadikan batu bata.
Oleh kerana ramai penghuni di kawasan itu membina sabak dan banyak pokok-pokok awor (buluh), mereka bersepakat menamakan kampung dengan nama KAMPUNG SABAK AWOR. Begitulah ceritanya yang diceritakan oleh orang-orang tua kampung.
Oleh kerana ramai penghuni di kawasan itu membina sabak dan banyak pokok-pokok awor (buluh), mereka bersepakat menamakan kampung dengan nama KAMPUNG SABAK AWOR. Begitulah ceritanya yang diceritakan oleh orang-orang tua kampung.
No comments:
Post a Comment